- Ukhuwah berasal daripada perkataan 'akhun' yang bermaksud saudara, teman dan sahabat. Voilà! itulah asalnya perkataan ukhuwah daripda bahasa arab. Kenapa aku nak cakap pasal ukhuwah hari ni? Hermm,, itulah masalah terbesar Amalina sekarang, Amalina sendiri sekarang huru hara dengan masalah pergaulan, masalah teman2 sampai dia tertanya sendiri, apa maksud ukhuwah ni sebenarnya? Kenapa aku selalu ceritakan pasal kemanisan dan kelebihan ukhuwah ,, sedangkan sekarang aku sendiri dah tak percaya akan kelebihannya? Kenapa aku sorang dah tak nampak ukhuwah itu? Ke orang lain yang dah tak mengamalkannya? kenapa ukhuwah? Bagaimana menjalin ukhuwah? Nampak dah apa masalah terbesar Amalina sekarang? (sedihkan,,) Senang cerita, Amalina sendiri dah tak tahu apa maksud ukhuwah tu!
Okay, sebelum beratus lagi perkataan UKHUWAH muncul, baik ceritakan kenapa aku tetiba rajin nak menaip malam2 ini. sebenarnya, baru hari ini amalina start baca buku yang Natrah bagi, Kerana manisnya Ukhuwah karya Wan Nadzipah Maharah. Dan baru masuk muka ketiga, banyak kali dah aku ni kena tampar dengan kuasa dalaman aku sendiri. it really hurts, though. Apa yang Amalina baca? Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, << Aku maksudkan dengan ukhuwah ialah; Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah SAUDARA IMAN dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan; Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang; Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain. <<
Nampak tak degree kasih sayang di situ? Yang paling tinggi bila mana kita sudah tak mengutamakan diri sendiri, tapi orang lain. Ingat senang ke, Maka, sebab itulah dia adalah darjat tertinggi. Sehingga ke tahap bahawa kita lebih senang untuk melihat kegembiraaan orang lain berbanding sendiri. (ehem, macam kita sepatutnya rasa dengan Tuhan kita sendiri) Manakala, untuk tahap terendah, adalah dengan cukup berlapang dada untuk menerima seseorang itu seadanya. Di sini bermaksud, meskipun kita tak boleh nak berbaik atau bersangka baik dengan sesorang itu, cukuplah bagi kita dengan sekurang-kurangya dengan husnuzhon dengan dia. terimalah baik buruk dia semampunyaé dan kalau dia tak buat malahan kedua-duanya sekalipun, haruslah selalu redha. Voilà, ce qui me frappe ici, c'est le fait que ces deux degrées me sont déjà arrivés , mais il me semble qu'il est à l'envers. Betul, Amalina dah pernah rasa dua2 peringkat ni, tapi dalam keadaan terbalik,, kenapa aku boleh terus mengutamakan seseorang itu, ? Mungkin aku fikir aku dah baik sampai sanggup buat segala-galanya untuk kawan tercinta. Mungki aku fikir aku dah merasai kemanisan ukhuwah? NO. i was wrong , DEAD WRONG;
Apabila kami mula berselisihan faham, semuanya semakin kelam dan sesat bagi kedua-dua kami. Masing2 tak tahu nak pergi ke arah mana, siapa yang bersalah, siapa yang berubah dan patut berubah.
Sampaikan masa itu, kami dah sampai ke tahap membenci sesama sendiri, disebabkan kesalahan overdose perhatian mungkin. Jadi apa yang berlaku? Ya, sejak kebelakangan ini, rasa nak berlapang dada dengan dia pun susah. Susah sangat, sampai ramai aku minta pertolongan orang, teman sekeliling ; tolong tegurkan diri ini, tolong diri aku yang senang sangat dikawal emosi ni. Macam mana, aku dari kasih akan seorang kawan, boleh berubah kepada benci kepada dia?
Masa itulah aku baca lagi sambungan perenggan seterusnya dalam halaman ketiga Kerana Manisnya Ukhuwah ini, yang tertulis seperti berikut:
Ukhuwah itu tidak akan wujud tanpa iman, Begitu juga, keimanan sesorang itu tidak akan sempurna tanpa ukhuwah. Sepertimana tiada persahabatan tanpa takwa dan tiada takwa tanpa persahabatan. >> Habis tu aku ini apaaaa;;;; T_T T_T >> rasa cam aku orang tak ada iman sangat,, T_T Itulah yang pentingya Amalina nak kata, bila baca baru tiga pages buku ni. Macam2 perasaan dan fikiran yang berlegar dalam minda dan diri ni. Bukan nak kata aku analisis buku ni ke apa, padahal tak habis baca pun lagi. Cuma nak luahkan apa yang terlintas kat fikiran dulu, sebelum aku lupa apa perasaan yang frappant buatkan aku terasa sangat2 dan sangat ada urge untuk nukilkan perasaan tu. Susah nak explain sebenarnya. -.- Sebagai kesimpulannya, mungkin itu sebabnya aku tak nak startkan baca buku ni mula2 dapat dulu, sebab takut akan kebenaran yang akan dipaparkan. Dan itula kebenarannya, mungkin diri aku ini dah surut keimanannya, lupa yangAllah sentiasa je ada untuk menolong dia; yang tali perhubungan kita dengan Allah pun kena dijaga;
Wallahu'alam.
pendamba rahmatNya.