Saturday, October 19, 2013

Enfin..!(finally)

bismillah.

Maybe I'm dreaming.. haha..itulah satu ayat yang muncul dalam minda saya sebaik selamat tiba di Paris, pada jam 6.58 pagi( 12.58 tgh hari waktu Malaysia).Entah kenapa saya teringatkan tajuk album Owl City pada waktu tu.. tak dinafikan album tu merupakan album Owl City kegemaran saya.. namun benarlah kata2 teman saya..seakan tak percaya kami dah berada di Perancis sekarang.
jadi..secara kebetulannya (atau mungkin sengaja)..saya namakan blog ini sempena  peristiwa tersebut.

 Saya sebenarnya merupakan salah seorang pelajar tajaan MARA yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan tindikan B.Perancis di Besancon, Perancis.(alhamdulillah..)
Sebenarnya, tanpa saya sedari..rupanya malam tu penerbangan kami dilewatkan sedikit masa penerbangannya dari 11.40 mlm ke 12.50 mlm. tetapi alhamdulillah kami sampai juga ke Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle lebih kurang pada masa yang dianggarkan iaitu 6.40.( terlewat 18 minit).

Di sana, sebaik kami tiba di lapangan, beberapa orang senior yang baik hati sudah sedia menunggu kedatangan kami..( terima kasih akak2^^) dan beberapa pemandu teksi sudah sedia memunggah barang2 kami.
haha..walaupun ni memang cliche.. tapi sengaja nak tunjuk juga.
seperti semua sedia maklum, di sini tempat duduk driver di sebelah kiri ya..
Pelik juga rasanya tengok uncle ni memandu sebab membayangkan diri sendiri yang memandu.
tapi..uncle ni lagi pelik tengok kita yang duk sedap snap gambar ni. perasan pulak uncle ni..aduhh!

 Stesen Gare de Lyon di mana kami menaiki kereta api menuju ke Besancon. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam sebelum tiba ke Besancon.

Nak diceritakan di sini sebaik kami sampai di stesen ini, kenalah kami bayar sendiri tambang teksinya tak?
Disebabkan saya naik teksi ini bersama 2 sahaja rakan perempuan yang lain tanpa ada senior di sisi.. maka teragak-agaklah juga nak bertanya pada uncle tersebut berapa harga tambangnya.Pertama kali nak berbahasa di negara sinilah katakan.. Setelah beberapa minit yang agak 'awkward' bercakap dengan uncle itu, barulah kami faham yang dia mahu kami keluarkan barang2 yang penuh di belakang teksi terlebih dahulu. Kemudian, apabila saya mahu menghulurkan duit membayar tambang teksi, saya ternampak meter teksi itu menunjukkan harga 64 euro. Tapi, kawan saya yang lebih pantas sudah mengeluarkan not 100 euro terlebih dahulu.Yang peliknya di sini, pak cik itu terus ambil dan sambung kembali mengeluarkan saki-baki beg yang ada dalam teksi tersebut. Terkedu juga saya buat beberapa saat..
" pak cik ni tak nak bagi duit baki ke?"
tapi masalah utamanya di sini..nak minta duit baki pun kami tak tahu nak cakap macam mana..
Aduh..tertepuk dahi sendiri ..( dalam imaginasi) tulah.. tak nak luaskan vocab sendiri dalam French,
baki dalam bahasa perancis pun tak tahu.. Bayangkan.. saya yang rasa serba salah nak cakap macam manalah nak kasi pak cik ni faham..
akhirnya..alhamdulillah..datang tepat pada masanya seorang kakak senior kami( mereka semua termasuk coursemates yang lain sudah lama sampai dengan teksi yang lain)
dan terus kami minta tolong dengannya.
Kemudian, nampaklah pak cik tu beri duit baki 20 euro beserta resit kepada akak itu. Rupanya tambang semua sekali dikira 80 euro sahaja. 13 euro lagi dicaj untuk upah bagasi yang dibawa..chett.
tapi nasib baik ada akak yang menolong, kalau tak 100 euro tu terus dikebasnya.. hmm. pengajaran pertama buat diri sendiri di negara orang. 


No comments:

Post a Comment