Friday, November 27, 2015

PAROLES DU MOMENT


Sebuah lagu yang menceritakan situasi dan kondisi emosi Amal sekarang.
Setiap lagu Cocoon sedih tapi dalam masa yang sama mendamaikan, selalu berlatarkan muzik yang sayu dan menenangkan.
Sila tekan next di player atas untuk mendengarnya.
atau bole rujuk link:

 https://youtu.be/AKK8mfyvH3g

IN MY BOAT - COCOON


Artist : Cocoon ( France )

Auteurs: Morgane Imbeaud
Compositeurs: Marc Daumail,Morgane Imbeaud

Editeurs: Sony Atv Music Publishing,Sober And Gentle


In my boat,

I’m looking for where you ran around with your friend.
But I’m sure a sailor will come to save you,
Come to save you,
Come to save you.

I stay

Face to face
In front of you.
I stay,
But I hate
The two of you.
How can you explain ?

In my boat,

Far from the shore,
Oh I wish you drawned
With your friend.
But I’m sure we’ll meet again,

Oh somewhere,

Oh someday,
Oh somewhere,
Oh someday.

I stay

Face to face
In front of you.
I stay,
But I hate
The two of you.
How can you explain ?

In my boat

In my boat
Ooooh
Oooooh
Ooooooh
Ooooooooh

TELL ME - COCOON


Tell me what they said when they found out that I've lost you 
Tell me that you feel better when I say it scares me too 

I'm not a friend of yours anymore
I'm not a friend of yours anymore

Tell me every bend, tell me all the dance I'll never know
Tell me every fence, tell me all the caves you'll never show
I'm not a friend of yours anymore
I'm not a friend of yours

And tonight I hate birds
I hate birds
I hate birds

And tonight I hate birds
I hate birds
I hate birds
I hate birds
I hate birds
I hate birds

Saturday, November 21, 2015

BERKABUNG?


Assalamualaikum,

Allah, banyak je sebenarnya ilham ni nak menulis,, but im not used to express myself anymore. Susah nak percaya, kan ? Makin pendiam jadinya. Hidup dalam komuniti ni, kita perlu tau sentiasa cuba untuk bertolak ansur dan memahami yang lain, tapi itulah salah satu  nilai murni yang aku sudah semakin lupakan. T.T NOn, jangan stop it!

Okay, alhamdulillah tamat mukadimah, Mengenai tajuk berkabung ni, umum maklum mengenai tragedi serangan pengganas di Paris, 13 November haritu. Hermm,, dahlah haritu tarikh 13, malang bagi mereka,,lepas tu Vendredi 13 pula tu. ( Jumaat ke13)  maka, bertambah2 malang lah dengan tragedi yang mengorbankan sehingga kini 130 mangsa. Takziah bagi keluarga. ( Oleh itu, anak-anak, janganlah hantui diri dengan kepercayaan tahyul ini, ok? )

Anekdot 1

Jadi. ceritanya, setelah tamat mukadimah kedua saya,, kita nak fokuskan hari ini hanya mengenai Deuil National ( Perkabungan nasional) mereka. Sungguh, bertambah2 komplikasi dengan apa yang terjadi sekarang, tambah baru dapat tahu ada Kamikaze ( penyerang nekad/ penyerang berani mati ) dari kalangan perempuan juga.. my godd, Ya Rabb,, so non. Okay tak mahu cerita pasal tu.. Menangis dibuatnya. Sehingga ke hari ini, genap lapan hari setelah kejadian tersebut. Antara perkara pertama yang kerajaan Perancis umumkan setelah peristiwa berdarah tersebut adalah bahawasanya seluruh negara akan berkabung selama tiga hari. Lets recap : Serangan berlaku pada hari Jumaat yang mulia yang telah dicemari kemuliaannya : maka aku anggap Sabtu Ahad dan Isnin adalah hari berkabung untuk semua orang. Tapi nampak cam bila datang kelas,, ramai pula staf dan cikgu2 yang masih berkabung sehingga ke hari Rabu, (lain2 x sure) Perkara paling penting yang perlu diketahui, mereka,, orang Barat atau mungkin dari tradisi keagamaan Kristian, akan memakai pakaian hitam keseluruhannya. Hermm begitulah,, cam kita selalu tengok dalam tv tu.

Tambahan lagi, perkara kedua paling penting perlu diketahui; Apa kaitan benda ini dengan aku? haha.

Generalnya,, nak diberitahu di sini, Amalina ialah peminat warna hitam.. ( bukan warna kegemaran, sebab pink adalah sentiasa pilihan hati. ) Bukanlah  aku ni Black Metal ke, suka hitam ke,, entahla, bukan .Cuma baru perasan yang aku ada tendency untuk beli baju atau tudung atau pakaian berwarna hitam,, tanpa aku sedari. Bila tengok almari sendiri dan koleksi tudung yang ada,, baru tahu segala 50 shades of black yang aku ada. Tudung ada 7 helai warna hitam, mungkin tak banyak bagi yang lain, tapi bila aku tengok, tudung tu tak berbeza warna pun,, semua hitam belaka tanpa corak, entahla, saja nak tambah koleksi kot. Jadi, banyak lah juga tujuh helai tanpa makna tu. Namun, my mom lah yang paling tak suka tengok aku pakai baju serba serbi hitam ni, menakutkan katanya. Aku,, suka je je, sebab hitam adalah lambang elegan dan keanggunan, haha. Tapi my mum kata juga tak sesuai pakai kat Malaysia..ok. Sebab panas kot. Tapi aku suka je,, berpeluh bagus,, haha lagi satu, dulu mula start pakai sebab nak nampak kurus, wahahaha.

Begitulah, tapi untuk orang sini warna2 gelap ok saja, Tambah2 lagi untuk musim luruh dan musim salji, semua nampak suram je,, kalau kau degil gak pakai warna kuning ke merah ang2 ke, tapi ko bukan fashionista dekat Fashion Week, mesti dia pandang slack kat kau sambil melancarkan laser dari kedua-matanya. Haha. Takdela, dorang akan pandang kehairanan je. Tapi peliknya, dorang lagi seram tengok orang2 arab, muslimat sini berjubah serba hitam, lagi menimbulkan spekulasi.. what? ko je ke boleh pakai hitam?

Haha,, jadi itulah, aku yang banyak baju dan tudung hitam,, boleh survived dengan warna yang sama satu minggu berkabung tanpa mengulang pakai mana2 pakaian, TAK PAKAI langsung pun macam mereka bila keluar selama tiga hari tersebut ,dan tak berani langsung nak memunculkan diri kat CLA dengan gaya aku macam biasa. Ni semua salah francais lah ni..haha boleh pula. Tak baik salahkan orang lain. Tapi betullah,, takut nanti dia tuduh kita macam2 ke,, lagi lepas Attentat tu.  hermm peliklah mereka ni. Diskriminasi di mana-mana.

Anekdot 2

Tahun 2009, masa kami semua baru naik sekolah untuk Januari 2009 ( aku form 2). Seluruh penjawat awam dan rakyat Negeri Sembilan amnya, sedang berkabung daripada Kemangkatan Yang Dipertuan Besar N9 ketika itu. Mereka berkabung 40 hari beb! Lagi lama! Jadi cikgu2 perempuan semuanya pakai tudung hitam hari-hari sebagai lambang berkabung, ditambah dengan bendera yang dikibar separuh. Staff lelaki pula, semuanya bersongkok hitam sepanjang tempoh empat puluh hari tersebut. Jangan ngada2 nak songkok ungu,merah, baldu berbenang emas ke apa.. haha okay, joking.
The main point is, mereka taklah berpakaian keseluruhannya hitam, cuma untuk tudung dan songkok> ( untuk non-muslim aku tak tahu dan tak ingat macam mana, students kita semuanya melayu.) Tapi, biasalah, cikgu-cikgu kan,, chewaah.. aku pun bakal cikgu,, maka berubah-ubahlah gayanya setiap hari dan warnanya juga, boleh ada corak minima i think,, jadi, menarik sangat, Aku suka tengok bila cikgu2 tukar tudung dan gaya tudung ni, haha. Cam2 idea boleh ambil.

Kemudian, nak dijadikan cerita, masa aku form 3 2010, rakyat Johor Luaskan kuasamu pula kehilangan sultannya yang dikasihi kali ini. Aku selaku anak Muar dan anak jati negeri johor pun turut terpanggil untuk berkabung sekali bersama rakyat jelata sekalian. Tapi biasalah, asrama mana ada televisyen mahupun radio, ( kitorang punya semua rosak disambar petir haha) Jadi aku pun semngatlah cuci satu-satunya tudung hitam aku selang dua hari sekali bagi membolehkan aku memakainya secara terus-menerus untuk mana-mana kelas prep atau tuisyen. Tapi bertahan hampir sebulan je kot,, tak sampai 40 hari sebab,, haha alkisahnya, hujung bulan tersebut aku pulang ke kampung halaman di Muar. Dan ketika di dalam bas ekspress menuju ke Muar, aku akan tukar bas di Segamat. Jadi dari bandar inilah ramai geng johor sekalian yang sama destinasi. Tapi msa tu aku perasan, budak2 sekolah lelaki semua pakai songkok dengan reben putih macam askar. Jadi sampai je rumah bertemu ibuku, aku tanyakan pada dia,

"Harini, kenapa semua orang pakai songkok hitam dengan reben putih bu? "

" Oh, tu kan semua orang tengah berkabung haritu, orang laki semua pakai songkok bereben putih. Tapi haritu sekejap je, untuk seminggu bagi negeri Johor, kecuali untuk kaum kerabat Sultan, lainlah. Tapi students yang lain ni mesti tak lucut lagi reben itu, walau dah habis tempoh berkabung.Contoh macam ibu haritu, semua pekerja wanita pakai tudung putih, bagi non-muslim pakai pakaian warna putih. Tapi sekejap je, seminggu. " terang ibuku.

" Ohhhhhhh (sambil tergelak) ye ke, Sampai ke haritu, kak ngah punyalah semangat nak berkabung sekali, jadi pakailah tudung hitam hari-hari. Dekat sebulan pakai, baru tau orang johor tak macam orang nogori, tudung hitam.  Hahaha. Sampai kena basuh selalu, sebab ada satu je. Nasib baik tak sampai nak minta kat ibu nak belikan tudung hitam lagi satu, lol. Hermm bertuah."

" (tergelak kecil) Ibu seminggu ja pun, tapi beli tiga helai tudung putih baru Angah" ibuku berseloroh.

Hermmm, emakku lagi bertuah. Haha.


Okay tu je, saja nak share anekdot kabung ni, sebab Amal sejak dilahirkan  sehingga lebih satu dekad hidup tak pernah merasai kehilangan ahli keluarga, jadi memori2 sebeginilah yang disimpan bila sebut pasal berkabung.

Sekian Wassalam.

Bien amicalement,
Amalzain.



Friday, October 23, 2015

What's the meaning of ukhuwah to me?

Sebagai seorang yang ada dalam tarbiyah, perkataan ukhuwah tu tak pernah asing bagi aku;. Nak tahu tak apa maksud ukhwah tu sebenarnya? Aku pun ingat yang aku tahu maksud ukhwah tu. Well, selalunya kalau dengar je ukhuwah, mesti akan terbayang ikatan. Yes; Ikatan apa, ikatan kerana Allah Ta'ala; Tapi cukup ke tu saja? Dari segi teori, ya , nampaklah senang, tapi praktikal tu yang hancur! Kalau orang yang x pernah tahu maksud ukhwah ini, mungkin bukan mudah untuk kita faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ikatan kerana Tuhan ini.


  • Ukhuwah berasal daripada perkataan 'akhun' yang bermaksud saudara, teman dan sahabat. Voilà! itulah asalnya perkataan ukhuwah daripda bahasa arab. Kenapa aku nak cakap pasal  ukhuwah hari ni? Hermm,, itulah masalah terbesar Amalina sekarang,  Amalina sendiri sekarang huru hara dengan masalah pergaulan,  masalah teman2 sampai dia tertanya sendiri, apa maksud ukhuwah ni sebenarnya? Kenapa aku selalu ceritakan pasal kemanisan dan kelebihan ukhuwah ,, sedangkan sekarang aku sendiri dah tak percaya akan kelebihannya? Kenapa aku sorang dah tak nampak ukhuwah itu? Ke orang lain yang dah tak  mengamalkannya? kenapa ukhuwah? Bagaimana menjalin ukhuwah? Nampak dah apa masalah terbesar Amalina sekarang? (sedihkan,,) Senang cerita, Amalina sendiri dah tak tahu apa maksud ukhuwah tu!



Okay, sebelum beratus lagi perkataan UKHUWAH muncul, baik ceritakan kenapa aku tetiba rajin nak menaip malam2 ini. sebenarnya, baru hari ini amalina start baca buku yang Natrah bagi, Kerana manisnya Ukhuwah karya Wan Nadzipah Maharah. Dan baru masuk muka ketiga, banyak kali dah aku ni kena tampar dengan kuasa dalaman aku sendiri. it really hurts, though. Apa yang Amalina baca?  Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, << Aku maksudkan dengan ukhuwah ialah; Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah SAUDARA IMAN dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan; Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang; Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain. <<


Nampak tak degree kasih sayang di situ? Yang paling tinggi bila mana kita sudah tak mengutamakan diri sendiri, tapi orang lain. Ingat senang ke, Maka, sebab itulah dia adalah darjat tertinggi. Sehingga ke tahap bahawa kita lebih senang untuk melihat kegembiraaan orang lain berbanding sendiri. (ehem, macam kita sepatutnya rasa dengan Tuhan kita sendiri) Manakala, untuk tahap terendah, adalah dengan cukup berlapang dada untuk menerima seseorang itu seadanya. Di sini bermaksud, meskipun kita tak boleh nak berbaik atau bersangka baik dengan sesorang itu, cukuplah bagi kita dengan sekurang-kurangya dengan husnuzhon dengan dia. terimalah baik buruk dia semampunyaé dan kalau dia tak buat malahan kedua-duanya sekalipun, haruslah selalu redha. Voilà, ce qui me frappe ici, c'est le fait que ces deux degrées me sont déjà arrivés , mais il me semble qu'il est à l'envers. Betul, Amalina dah pernah rasa dua2 peringkat ni, tapi dalam keadaan terbalik,, kenapa aku boleh terus mengutamakan seseorang itu, ? Mungkin aku fikir aku dah baik sampai sanggup buat segala-galanya untuk kawan tercinta. Mungki aku fikir aku dah merasai kemanisan ukhuwah? NO. i was wrong , DEAD WRONG;
Apabila kami mula berselisihan faham, semuanya semakin kelam dan sesat bagi kedua-dua kami. Masing2 tak tahu nak pergi ke arah mana, siapa yang bersalah, siapa yang berubah dan patut berubah.
Sampaikan masa itu, kami dah sampai ke tahap membenci sesama sendiri, disebabkan kesalahan overdose perhatian mungkin. Jadi apa yang berlaku? Ya, sejak kebelakangan ini, rasa nak berlapang dada dengan dia pun susah. Susah sangat, sampai ramai aku minta pertolongan orang, teman sekeliling ; tolong tegurkan diri ini, tolong diri aku yang senang sangat dikawal emosi ni. Macam mana, aku dari kasih akan seorang kawan, boleh berubah kepada benci kepada dia?

Masa itulah aku baca lagi sambungan perenggan seterusnya dalam halaman ketiga Kerana Manisnya Ukhuwah ini, yang tertulis seperti berikut:

Ukhuwah itu tidak akan wujud tanpa iman, Begitu juga, keimanan sesorang itu tidak akan sempurna tanpa ukhuwah. Sepertimana tiada persahabatan tanpa takwa dan tiada takwa tanpa persahabatan. >> Habis tu aku ini apaaaa;;;; T_T  T_T >> rasa cam aku orang tak ada iman sangat,, T_T Itulah yang pentingya Amalina nak kata, bila baca baru tiga pages buku ni. Macam2 perasaan dan fikiran yang berlegar dalam minda dan diri ni. Bukan nak kata aku analisis buku ni ke apa, padahal tak habis baca pun lagi. Cuma nak luahkan apa yang terlintas kat fikiran dulu, sebelum aku lupa apa perasaan yang frappant buatkan aku terasa sangat2 dan sangat ada urge untuk nukilkan perasaan tu. Susah nak explain sebenarnya. -.-  Sebagai kesimpulannya, mungkin itu sebabnya aku tak nak startkan baca buku ni mula2 dapat dulu, sebab takut akan kebenaran yang akan dipaparkan. Dan itula kebenarannya, mungkin diri aku ini dah surut keimanannya, lupa yangAllah sentiasa je ada untuk menolong dia;  yang tali perhubungan  kita dengan Allah pun kena dijaga;

Wallahu'alam.

pendamba rahmatNya.